Jan 12, 2017

Pengalaman Pertama Tampal Gigi Anak

Pengalaman pertama bawak anak jumpa doktor gigi. Alkisah cek mek bongsu , adik Hannah meragam je 2,3 hari sebelum ni..Asyik duk tunjuk kat gigi tapi umie cek takde apepun..Semalam baru nampak ada lubang kt geraham kanan bawah dia.




Terus pagi semalam bawak pergi Klinik Kesihatan Pergigian Sg Chua. Kebetulan gigi umie pun nak kene tampal kekal jadi umie minta papa bawak adik hannah dan temankan juga nanti. Alhamdulilah pergi time orang berkerja dan bersekolah jadi tak ramai..menunggu pun tak sampai sejam.

Untuk kanak-kanak usia 5 tahun ke bawah PERCUMA..Dah isi details semua tunggu punya tunggu alhamdulillah no umie dulu doktor panggil..Alhamdulillah settle tampal gigi kekal ni..bayaran pun RM3 je termasuk yuran pendaftaran.. Haa jimat memang banyak la kalau pergi klinik gigi gomen ni..Sekarang dah ok sangat dah pergi rawatan gigi kat klinik kesihatan kerajaan ni:-)

Umie ingatkan bila umie keluar, no giliran adik Hannah akan panggil..Punyala excited nak bawak dia jumpa doc..

Jom balik hubby cakap.

Eh, belum tampal gigi lagi adik hannah

Dah siap dah.

Haaaahh??

Hubby cerita she is very nice..duduk baik-baik kat kerusi baring...nganga luas-luas dan doc pun buat tampalan pertama giginya..

Hahaaa umie duk membayangkan situasi itu.

Langsung tak nanges?

TAK!!

Haha..good girl..Punyala cuak umie siap doa macam-macam janganlah dia menangis sekuat hati..( dia ni juara tang menanges)..haru kalau dengar suara yg sangat kuat okeh:-)


Sebelum treatment tu sempatla umie google jugak pasal treatment gigi untuk kanak-kanak usia 4 tahun ke bawah ni.. Rupanya gigi bongsu pun boleh mendapat masalah dan perlu buat treatment cepat-cepat untuk elak risiko.. Kalau tak nanti gigi kekal lagi ada problem.

Kalau ada masalah gigi berlubang jangan biarkan lama-lama tau. Walau gigi susu nanti akan di ganti dengan gigi kekal, tetap perlu dapatkan rawatan doktor segera sekiranya anak-anak alami masalah gigi ni


"Gigi susu mula terbentuk seawal enam minggu bayi di dalam kandungan ibu (intra-uterine) dan gigi susu pertama biasanya mula tumbuh apabila bayi berusia kira-kira 4 hingga 6 bulan. Gigi susu ini amat penting kerana ia digunakan untuk kanak-kanak mengunyah, bercakap, estetik, dan yang paling utama ialah untuk mengekalkan ruang bagi gigi kekal tumbuh kelak. Gigi susu yang berlubang perlu mendapat rawatan yang sewajarnya daripada doktor gigi. Lubang yang sangat kecil boleh dirawat melalui rawatan pencegahan seperti rawatan fluoride dan pengapan fisur (fissure sealant), manakala lubang yang lebih besar perlu ditampal.
Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulp) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak gusi. Sekiranya ini terjadi, rawatan yang lebih kompleks diperlukan iaitu rawatan akar ataupun cabutan bagi mengelakkan kerosakan kepada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan.

Cabutan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh. Jika ini berlaku, gigi kekal yang tumbuh akan berlapis dan kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan ortodontik contohnya braces untuk membetulkan kedudukan gigi kekal berkenaan dan sebagaimana yang kita maklum rawatan ini bukanlah murah. Oleh itu, alangkah baiknya jika kita boleh mengelakkannya daripada terjadi. " 
credit info : doktorbudak.com

Jadi mak ayah kene cek gigi anak selalu ya. Dan kurangkan juga pengambilan makanan dan minuman manis terutama gula-gula dan aiskrim.
Jika ada masalah sakit gigi, cepat-cepat bawa jumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Sakit gigi ni sakit kedua lepas sakit bersalin kata orang..haa kalau kene time berdenyut tu rasa mau tampo je terus pipi tahan sakit:-)

Bila perlu bawak anak-anak jumpa doktor gigi?





No comments:

Post a Comment