Apr 18, 2017

Tanda-tanda kolestrol tinggi dan Cara Mengatasinya

Kolestrol tinggi sangat bahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada seseorang. Ia boleh menyebabkan risiko serangan sakit jantung, tekanan darah tinggi dan angin ahmar sekiranya tidak mengawalnya dengan baik.



Kolestrol tinggi kebiasaan tiada tanda-tanda. Untuk mengetahui samaada mempunyai kolestrol tinggi atau tidak adalah dengan membuat pengujian kolestrol di farmasi atau klinik.

Apa yang perlu kita semua tahu, kolestrol di bawa melalui salur darah akan bergabung bersama protein. Gabungan bersama protein dan kolestrol ni di panggil lipoprotein.



Mungkin anda semua pernah dengar mengenai jenis kolestrol iaitu LDL atau HDL

  • Low-density lipoprotein (LDL). LDL, atau turut di kenali sebagai ' kolestrol jahat' akan mengangkut partikel-partikel kolestrol ke seluruh badan. LDL kolestrol akan menyebabkan salur arteri semakin sempit dan keras. 
  • High-density lipoprotein (HDL). HDL, atau 'kolestrol baik' akan membawa kolestrol berlebihan dan bawa semula ke bahagian hati
Pemakanan yang tidak seimbang, kegemukan dan tidak menjalankan aktiviti yang aktif akan menyumbang kolestrol LDL meningkat


Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan kolestrol LDL ( kolestrol jahat) dalam darah adalah:


1) Diet tidak seimbang

Pengambilan makanan berlemak tinggi yang sering terdapat di dalam lemak haiwan dan lemak tepu seperti kek, biskut, kuih dan sebagainya boleh meningkat kadar kolestrol. Pemakanan tinggi kolestrol seperti daging merah, bahan tenusu tinggi lemak boleh juga meningkatkan kadar LDL kolestrol.

2) BMI 30 dan lebih lagi

 BMI melebihi 30 akan meningkatkan risiko mendapat kolestrol tinggi. Jaga berat badan supaya BMI mantain dan normal

3) Kekurangan exercise.

Exercise bantu boost Kolestrol baik dan membuatkan kolestrol jahat tidak dapat berfungsi dengan baik. Sangat penting untuk amalkan senaman setiap hari 

4) Merokok 

Tiada rokok yang boleh meningkatkan Kolestrol baik ye. Sebaiknya berhenti terus merokok dan amalkan gaya hidup sihat.

5) Diabetes

Bacaan gula dalam darah tinggi menyumbang kepada peningkatan kolestrol jahat dan merendahkan kolestrol baik. Bacaan gula yang tinggi juga merosakkan salur arteri di jantung.


Ada beberapa artikel yang saya baca memberitahu badan kita juga boleh menunjukkan tanda-tanda. Cuma kesahihannya anda perlulah membuat pengujian kolestrol  


Antara tanda-tanda yang menunjukkan kolestrol LDL tinggi:


1) Muncul bintik Kolestrol sekitar mata atau kulit wajah

Masalah yang di hadapi oleh ramai wanita dan lelaki sekarang ni. Bukan setakat golongan warga emas yang alami masalah ini, malah golongan awal 20 an juga tidak dapat lari masalah ini sekiranya pemakanan tidak di jaga dengan baik. Kurangkan makanan berlemak dan kolestrol tinggi seperti daging merah, kuning telu
r dll


2) Terasa berdebar-debar dan sakit di bahagian jantung

Kolestrol tinggi menyebabkan terjadinya penyempitan pembuluh darah pada salur darah. Jantung perlu berkerja lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang di hadapi menyebabkan dada sering berdebar-debar seperti orang panik dan kerap berpeluh

3) Muncul lebam di beberapa bahagian badan

Pengumpulan lemak biasanya terjadi dan boleh menyebabkan terbentuk ketulan di antara otot dan kulit. Ketulan ini kebiasaan muncul di kawasan leher,tangan,perut dan kaki.

4) Sering kebas-kebas di tangan dan mati rasa

Jari dan tangan kerap kebas-kebas dan paling kronik menyebabkan sel mati. 

5) Kerap migrain dan badan lesu

6) Sakit kaki apabila berdiri dan kerap kejang pada waktu malam

7) Berat badan berlebihan biasanya akan menunjukkan kolestrol LDL meningkat. Control berat badan supaya BMI normal dan lemak tidak terkumpul.


Selain menjaga pemakanan, exercise dan amalkan gaya hidup sihat, suplemen juga dapat membantu turunkan paras kolestrol LDL dan tingkatkan kolestrol baik HDL dalam salur darah.

Antara suplemen yang bagus di ambil secara konsisten adalah Omega-3 Omegaguard, Resveratrol seperti vivix dan Suplemen khas untuk menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan dan bantu turunkan kolestrol LDL iaitu Phytocol-St




Set kolestrol tinggi amat sesuai untuk di ambil oleh lelaki dan wanita dewasa, yang mempunyai bacaan kolestrol tinggi, pesakit diabetes dan pesakit darah tinggi 

  1. VIVIX - adalah Antioksidan tinggi dan kaya resveratrol. Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Vivix juga melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.
  2. PHYTOCOL-ST - Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. jika lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh , lebih kurang kolestrol yang akan diserap didalam badan! Pengambilan phytocol juga membantu menghalang penyerapan kolestrol jahat daripada pemakanan masuk ke dalam salur darah.
  3. OMEGA GUARD - Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL.Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. 




Testimoni Set Kolestrol Shaklee










Setiap suplemen ni mempunyai kelebihan dan gabungan bersama yang dapat membantu tingkatkan kesihatan menyeluruh, melancarkan peredaran darah dan elak masalah arteri tersumbat

Pulangan berbaloi untuk kesihatan optimum. Setiap pembelian vivix ,phytocol dan omegaguard akan mendapat keahlian percuma, penghantaran percuma dan cash rebate 


Miliki set kolestrol hari ini untuk nyahkan kolestrol jahat dan untuk persediaan syawal nanti.

Untuk pesanan boleh hubungi saya seperti berikut:






No comments:

Post a Comment